Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Derma darah untuk bantu pesakit memerlukan
  • WILAYAH

Derma darah untuk bantu pesakit memerlukan

Utusan Sarawak 4 months ago

DERMA DARAH....Antara yang hadir menderma darah di program derma darah anjuran BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Sebanyak 11 pain darah berjaya dikumpul oleh Unit Tabung Darah Hospital Sarikei sempena program derma darah, semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program tersebut merupakan anjuran BBP Bintangor dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sarikei. 

“Program ini bermula pada 9.00 pagi dan berakhir 12.00 tengah hari.

“Terima kasih kepada semua penderma darah yang hadir untuk menderma darah mereka,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, program tersebut bertujuan untuk membantu Unit Tabung Darah Hospital Sarikei mengumpul darah bagi menyelamatkan pesakit yang memerlukan darah. 

“Seramai 12 penderma darah hadir dan hanya 11 penderma darah layak menderma darah. 

“Mereka adalah anggota bomba dan orang awam,” katanya. 

Dalam pada itu, Mahmudin berharap lebih ramai lagi penderma darah tampil untuk menderma darah pada masa akan datang. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Rondaan bersama cegah jenayah
Next: Perkukuh landskap penjagaan kesihatan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.