Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dato Sri Julaihi sempurnakan upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi
  • TEMPATAN

Dato Sri Julaihi sempurnakan upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAKAM KENANGAN… Dato Sri Julaihi Narawi bersama Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Dato Hilmy Othman, Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng, Dato Sudartono Osman dan yang lain bergambar kenangan selepas Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Di Dataran Ibu Pertiwi. Foto UKAS

PETRA JAYA: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi telah menyempurnakan Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Di Dataran Ibu Pertiwi yang berlangsung hari ini.

Upacara tersebut dilaksanakan pada minggu pertama setiap bulan menjadi upacara bulanan yang sentiasa dinantikan oleh orang ramai yang hadir.

UPACARA menaikkan bendera Ibu Pertiwi. Foto UKAS

Uniknya kali ini hadirin tampil mengenakan Baju Melayu untuk upacara tersebut bertepatan dengan tema Aidilfitri yang diraikan sepanjang bulan di Sarawak.

Upacara tersebut dimulakan dengan pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan dari DBKU, diikuti dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku.

PERSEMBAHAN disajikan oleh kumpulan muzik ‘Prodigy’. Foto UKAS

Seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan yang disajikan oleh kumpulan muzik ‘Prodigy’.

Majlis diakhiri dengan dif-dif kenamaan merakam kenangan di hadapan tiang bendera ikonik tersebut.

Untuk makluman, Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai dijangka menyempurnakan Upacara Menaikkan Bendera bagi edisi Mei.

Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman; Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority, Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng; Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Digital Economy Corporation, Dato Sudartono Osman; Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah serta dif kehormat yang lain. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 202 KMKK terima watikah pelantikan DUN Engkilili
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadir majlis Keman Kaul sempena Pesta Kaul 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.