Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dana RM1.16 juta diperlukan untuk bekal elektrik ke Pusat Warisan Bung Bratak
  • TEMPATAN

Dana RM1.16 juta diperlukan untuk bekal elektrik ke Pusat Warisan Bung Bratak

Utusan Sarawak 2 years ago
PERASMIAN… Dato Roslan Tan Sri Abdul Rahman (kiri) dan Billy Sujang (kanan) ketika gimik perasmian Program Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) Festival Bung Bratak 2023 di Pusat Warisan Bung Bratak di Bau.

BAU: Dana sebanyak RM1.16 juta diperlukan bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik di Pusat Warisan Bung Bratak(WBB).

Timbalan Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak, Rayan Narong berkata jumlah dana yang diperlukan adalah kos perbelanjaan yang dianggarkan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi kerja-kerja penyambungan elektrik dari lebuhraya sehingga ke Pusat WBB.

“Pusat ini telah dibekalkan dengan dua set generator set dan kuasa elektrik yang dijana itu, tidak mencukupi untuk menampung keperluan semua kemudahan yang sedia ada.

“Pihak persatuan telah beberapa kali mengajukan masalah eletrik tersebut kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan kami telah berjumpa dengan pihak Sarawak Energy Berhad.

“Kami telah dimaklumkan bahawa kos perbelanjaan penyambungan elektrik dari lebuhraya sehingga ke Pusat WBB ini adalah dianggarkan sebanyak RM1.16 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Merakyatkan Seni Dan Budaya Festival Bung Bratak 2023 di Pusat WBB di sini, hari ini.

SEBAHAGIAN daripada pemuda dan pemudi mengenakan pakaian tradisional suku kaum etnik Bidayuh yang turut serta memeriahkan aktiviti sepanjang berlangsungnya Program Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) Festival Bung Bratak 2023 di Pusat Warisan Bung Bratak di Bau.

Rayan berkata, pihak persatuan berterima kasih kepada MOTAC kerana memilih Persatuan Wilayah Bung Bratak sebagai rakan kongsi dan Pusat WBB sebagai tempat untuk menganjurkan Program Merakyatkan Seni Dan Budaya Festival Bung Bratak 2023.

“Kerjasama seperti ini wajar diteruskan memandangkan program ini boleh membawa banyak manfaat kepada penduduk setempat dan juga memberi publisiti percuma untuk Pusat WBB,” katanya.

TURUT diadakan ialah aktiviti menyumpit iaitu salah satu teknik memburu yang wujud sejak masa lampau.

Dalam pada itu, program yang berlangsung semalam dan hari ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya, Demonstrasi Permainan Tradisional Etnik Bidayuh, acara larian Mendaki Bung Bratak “Nyikoh Bung Bratak” berpakaian etnik Bidayuh dan gotong-royong masakan tradisional Bidayuh.

Turut diadakan ialah jualan produk tempatan, bengkel produk kesenian serta pameran dan jualan produk kraftangan tempatan.

Oleh Mohd Neenatul Aizal & Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: 50 penuntut ditawarkan pekerjaan bersyarat – Petronas
Next: Bung Bratak sesuai untuk produk pelancongan – Tiong King Sing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.