KUALA LUMPUR: Gegaran akibat gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 yang berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 4.55 petang tadi dirasai di empat negeri, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor serta kawasan sekitarnya.
Menurut MetMalaysia, pusat gempa bumi berkenaan berada di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer, sekitar 27 kilometer di barat daya Batu Pahat.
MetMalaysia akan terus memantau keadaan itu dan memohon invididu yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan dapat mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/srRv7tUEPow3Wmts5. – Bernama





