Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ceramah keselamatan kebakaran tingkatkan kesedaran penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Ceramah keselamatan kebakaran tingkatkan kesedaran penduduk

Utusan Sarawak 3 weeks ago

PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktiviti dijalankan di Rumah Grace Nanie Steven, semalam. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Ceramah keselamatan kebakaran yang diadakan di Rumah Grace Nanie Steven, Sare bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran dalam kalangan penduduk rumah panjang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata program yang berlangsung dari 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari semalam itu mendapat penyertaan aktif daripada penduduk setempat.

RAKAM KENANGAN… Unjah Janggau bergambar kenangan bersama penghuni Rumah Grace Nanie Steven, Sare. Foto BBP Sarikei

“Program dikendalikan oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Unjah Janggau bersama dua orang anggota bomba.

“Ia penting untuk memastikan setiap isi rumah memahami tindakan awal yang perlu diambil ketika menghadapi situasi kebakaran.

“Dengan pengetahuan asas tentang penggunaan alat pemadam api, penduduk dapat bertindak pantas sebelum api merebak dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, selain ceramah dan demonstrasi dibawah seliaan anggota bomba, sesi interaktif iaitu penerangan berkenaan alat pemadam api turut diadakan.

“Kita berharap dengan pendedahan berterusan seperti ini, kadar kesedaran keselamatan kebakaran dalam komuniti luar bandar dapat dipertingkatkan.

“Pihak kami sentiasa komited untuk melaksanakan program pendidikan keselamatan secara berterusan,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPS komited tingkatkan kemudahan awam
Next: Wong Soon Koh tinjau jambatan kayu bantu atasi banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.