Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • CCUS rentas sempadan: Sarawak akan bekerjasama dengan Persekutuan – Abang Johari
  • SEMASA

CCUS rentas sempadan: Sarawak akan bekerjasama dengan Persekutuan – Abang Johari

Utusan Sarawak 8 months ago

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. foto BERNAMA

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Persekutuan dalam pengangkutan rentas sempadan bagi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) selain mengurus dengan pendekatan sendiri dalam bidang kuasanya.

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hal itu dibincangkan semasa pertemuan beliau dengan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini dan diputuskan bahawa penyimpanan karbon luar pesisir Sarawak akan diuruskan oleh syarikat minyak dan gas milik kerajaan negeri, Petros sebagai pengurus sumber. 

Bercakap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ketujuh Petros di sini malam tadi, Abang Johari berkata beliau juga mahu Rang Undang-Undang CCUS mengiktiraf kedudukan Sarawak sama seperti kedudukan Scotland sebagai sebahagian daripada simpanan karbon United Kingdom.

“Kami juga membangkitkan duluan (precedence) antara United Kingdom dan rakan sejawatannya iaitu penyimpanan karbon berada dalam lingkungan kawasan Laut Utara yang merupakan bidang kuasa di bawah Scotland dan Scotland adalah sebahagian daripada keseluruhan aturan dalam penyimpanan karbon antara United Kingdom dan rakan sejawatannya.

“Berdasarkan itu, kami akan mempunyai aturan yang sama iaitu Sarawak adalah sebahagian dan satu pihak kepada mana-mana perjanjian dengan rakan sejawatan kami bersama dengan kerajaan Malaysia namun kawasan tuan rumah iaitu Sarawak akan membuat keputusan akhir,” katanya .

Terdahulu, Rafizi, selepas pertemuannya dengan Abang Johari memberitahu pemberita bahawa perbincangan tertumpu kepada cara untuk mengharmonikan undang-undang negeri dan Persekutuan sebelum rang undang-undang Persekutuan itu dibentangkan akhir tahun ini.

“Matlamatnya adalah untuk memastikan kedua-dua Sarawak dan Malaysia (kerajaan Persekutuan) dapat melaksanakan CCUS secepat mungkin mengikut pelan yang ditetapkan dan proses itu dapat diteruskan dengan lancar,” katanya.

Beliau menambah jika Malaysia berjaya melaksanakan perdagangan karbon dalam tempoh lima tahun akan datang, ia akan meletakkan negara sebagai peneraju penting dan menjadikan Sarawak sebagai pemain utama serantau.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bekas menteri, Peter Chin dilantik Pro-Canselor UPM 
Next: Sarawak laksana CCUS tahun depan setelah Parlimen lulus RUU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.