Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Cadangan lanjut tempoh sidang DUN diteliti
  • SEMASA

Cadangan lanjut tempoh sidang DUN diteliti

Utusan Sarawak 6 months ago

Abang Johari pada majlis Malam Penyokong Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sebuah hotel di Kuching, malam tadi.

KUCHING: Sarawak akan mempertimbangkan cadangan melanjutkan tempoh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan datang.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini bagi memberi lebih banyak masa kepada ahli dewan untuk membincangkan perkara berkaitan.

 Katanya, permintaan tersebut disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong yang membangkitkan keperluan untuk perbincangan lebih mendalam mengenai isu-isu utama.

“Tahun lalu, kita menerima permintaan untuk elaun tambahan.

“Tetapi kali ini, kita sedang meneliti kemungkinan untuk melanjutkan tempoh persidangan bagi ahli-ahli dewan. Oleh itu, saya serahkan kepada Tuan Speaker (Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar) untuk meneliti perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Malam Penyokong Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS turut memuji sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh semua ahli dewan sepanjang persidangan DUN kali ini yang berakhir semalam.

Katanya, walaupun masa terhad, setiap ahli dewan menunjukkan kebolehan tinggi dalam menguruskan masa dengan berkesan, menjadikan persidangan  lancar.

“Kita mengadakan sesi yang serius dan konstruktif, tidak seperti di tempat lain … kekecohan sering berlaku,” tambahnya.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Mohamad Asfia dan Allan Siden selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Penyokong GPS.

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak catat pelaburan RM10.43 bilion setakat suku ketiga tahun ini  
Next: Parlimen: Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.