Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya berjaya ditembak mati oleh penduduk kampung
  • WILAYAH

Buaya berjaya ditembak mati oleh penduduk kampung

Utusan Sarawak 8 months ago

BANGKAI BUAYA....Anggota APM membawa bangkai buaya ke Pusat Kawalan Operasi Daerah APM Sarikei untuk diserahkan kepada SFC Sibu bagi tindakan selanjutnya. Foto APM Sarikei

SARIKEI: Buaya sepanjang 4.3 meter berjaya ditembak mati oleh penduduk kampung di Jalan Sungai Baji di sini petang semalam. 

Ini setelah mereka cemas dan terkejut melihat kehadiran kelibat reptila ganas itu berkeliaran di anak sungai berkenaan.

Terdahulu, seorang penduduk menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengadu sekitar jam 4.40 petang. 

“Lima anggota APM Sarikei diketuai oleh Lans Korporal (PA) Jackson Beliang bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, pasukan APM Sarikei dengan kerjasama penduduk kampung menjalankan operasi menangkap buaya,” ketika dihubungi media, malam tadi. 

Beliau berkata berjaya ditangkap menggunakan tali dan telah mati ditembak oleh penduduk kampung.

Katanya, bangkai buaya tersebut telah dibawa ke PKOD Sarikei dan diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Sibu untuk tindakan selanjutnya. 

“Operasi di lokasi selesai pada jam 6.15 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Remaja diselamatkan setelah terjun dari jambatan
Next: Pusat seni persembahan dibina berdasarkan kepada permintaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.