Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BSMM Sarikei sambut Hari Palang Merah Sedunia, angkat bayi lahir 8 Mei
  • Tengah
  • WILAYAH

BSMM Sarikei sambut Hari Palang Merah Sedunia, angkat bayi lahir 8 Mei

Utusan Sarawak 5 hours ago
NAIB Pengerusi BSMM Cawangan Sarikei, Lim Choon Chai menyerahkan hamper kepada Inyoh Beringan.
Foto BSMM Cawangan Sarikei

SARIKEI: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cawangan Sarikei menyertai Gerakan Bulan Sabit Merah dan Palang Merah global sempena sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia yang diraikan pada 8 Mei setiap tahun.

Menurut kenyataan media BSMM Sarikei, tema global sambutan tahun ini ialah “On the Side of Humanity” yang memberi penghormatan kepada semangat belas kasihan, neutraliti dan solidariti, nilai teras yang menjadi panduan kepada kerja-kerja kemanusiaan kakitangan serta sukarelawan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di seluruh dunia.

“Tema ini menekankan pilihan harian yang diambil oleh ahli gerakan ini dalam memberikan khidmat, bertindak balas, melindungi serta menyemarakkan semangat kemanusiaan walaupun berdepan cabaran yang mencabar,” katanya.

Bersempena sambutan tersebut, BSMM Sarikei turut melaksanakan Program Pengangkatan Bayi, di mana seorang bayi lelaki yang lahir pada 8 Mei telah diangkat sebagai “Bayi Bulan Sabit Merah”. Bayi tersebut merupakan anak kepada Inyoh Beringan yang bersalin di Hospital Sarikei.

Ibu kepada bayi berkenaan menerima sebuah hamper dan sijil pengangkatan yang disampaikan oleh Naib Pengerusi BSMM Cawangan Sarikei, Lim Choon Chai.

Selain itu, sebanyak 60 hamper turut diagihkan kepada pesakit di wad bersalin dan wad kanak-kanak sebagai tanda sokongan dan prihatin kepada masyarakat setempat.

Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia disambut setiap 8 Mei bagi memperingati kelahiran Jean Henry Dunant, tokoh kemanusiaan dari Switzerland yang juga pengasas Palang Merah dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), serta penerima Hadiah Nobel Keamanan pertama pada 1901.

“Sambutan ini memberikan peluang untuk mempromosikan prinsip serta aktiviti kemanusiaan Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, serta memperingati komitmen kita terhadap nilai belas kasihan ketika menghadapi krisis.

“Setiap tindakan kebaikan, walau sekecil mana sekalipun, membawa makna besar apabila berasaskan nilai kemanusiaan,” jelas kenyataan itu lagi.

Turut hadir dalam program pengangkatan bayi dan lawatan ke Hospital Sarikei ialah Setiausaha BSMM Sarikei, Wong Siew Hung dan Bendahari, Lau Ning Jye.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Naik taraf parkir Klinik Kesihatan Kabong
Next: 21 murid SK Abang Abdul Rahman terima bantuan cermin mata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.