Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau kawasan rendah di Bintangor malam ini
  • WILAYAH

Bomba pantau kawasan rendah di Bintangor malam ini

Utusan Sarawak 5 months ago

PEMANTAUAN PARAS AIR....Pemantauan paras air di empat kawasan rendah berisiko banjir oleh pihak bomba. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Empat kawasan rendah berisiko banjir telah dipantau oleh pihak bomba di sini malam ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, kawasan pemantauan melibatkan pekan Bintangor, Kampung Abang Ali, Kampung Abang Amin dan Kampung Bidadari. 

“Pemantauan paras air bermula dari 8.55 malam hingga 9.31 malam. 

“Sepanjang rondaan, air pasang dan keadaan masih dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. 

Tambahnya, cuaca baik semasa rondaan dijalankan oleh dua anggota bomba. 

“Saya berharap sekiranya terdapat penduduk yang memerlukan bantuan untuk pemindahan ke tempat selamat agar menghubungi pihak kami dengan segera. 

“Alhamdulillah, setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: APM pantau kawasan berisiko banjir di Song
Next: Kemaskini: Lelaki ditemukan maut dalam parit dipercayai terkena renjatan elektrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.