Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba guna 41 minit tangkap ular seberat hampir 20kg
  • Utara
  • WILAYAH

Bomba guna 41 minit tangkap ular seberat hampir 20kg

Utusan Sarawak 7 months ago
TEWAS… Ular sawa batik yang berjaya ditangkap dengan menggunakan penjerut ular oleh anggota bomba, pagi tadi.

MIRI: Seorang wanita terkejut dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang 10 kaki yang seberat hampir 20 kilogram (kg) di halaman rumahnya di Kampung Tudan di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Henry Jugah berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada wanita berkenaan sekitar 1.10 pagi.

“Empat anggota BBP Lutong dikerah dan bergegas ke lokasi untuk membantu menangkap ular berkenaan.

“Tiba pasukan di lokasi, anggota mendapati benar terdapat seekor ular sawa batik di halaman rumah pengadu,” jelasnya.

Pasukan itu menjalankan operasi menggunakan penjerut ular sehingga ular sawa tersebut berjaya ditangkap.

Reptilia seberat hampir 20kg dengan lilitan 10 sentimeter itu kemudian dilepaskan semula ke habitat asal iaitu jauh dari penempatan orang awam.

Operasi ditamatkan sekitar 1.51 pagi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 234 unit lampu LED siap dipasang di empat jalan utama
Next: Hati-hati fenomena air pasang besar, benak mulai Jumaat ini – APM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.