
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi lain telah mengagihkan sebanyak 141 pek makanan kepada penduduk di kawasan terjejas dan terputus hubungan di Daerah Pakan, hari ini.
PAKAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi lain telah mengagihkan sebanyak 141 pek makanan kepada penduduk di kawasan terjejas dan terputus hubungan di Daerah Pakan, hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Sarawak, misi bantuan itu berlangsung dari 8.30 pagi hingga 4.00 petang, dengan bantuan disalurkan kepada empat rumah panjang di kawasan Dasu.
Antara lokasi yang menerima bantuan ialah Rh Tulor, Dasu (6 keluarga, 24 orang), Rh Tambi, Dasu (24 keluarga, 95 orang), Rh Nangkung, Dasu (5 keluarga, 16 orang) dan Rh Buku, Dasu (2 keluarga, 6 orang).
Bantuan itu menggunakan tujuh kenderaan pacuan empat roda, termasuk satu unit Hilux bomba dan enam unit Hilux dari agensi lain.
Antara agensi yang turut terlibat dalam operasi ini ialah Pejabat Daerah Pakan, Pejabat Daerah Sarikei, Jabatan Kebajikan Julau/Sarikei, serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei.