Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • BMW X5 musnah terbakar di Jalan Pan Borneo, Bintulu-Miri
  • KEBAKARAN

BMW X5 musnah terbakar di Jalan Pan Borneo, Bintulu-Miri

Utusan Sarawak 3 weeks ago

SEBUAH kenderaan mewah jenis BMW X5 musnah dalam kebakaran di tepi Jalan Pan Borneo, Bintulu-Miri malam tadi, namun pemandu berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan bomba.

BINTULU: Sebuah kenderaan mewah jenis BMW X5 musnah dalam kebakaran di tepi Jalan Pan Borneo, Bintulu-Miri malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 9.51 malam sebelum mengerahkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan mewah terbakar sepenuhnya di bahagian tepi jalan.

“Pemandu kenderaan tersebut bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki pam jentera.

Operasi pemadaman dikawal pada 10.30 malam dan tamat sepenuhnya pada 11.06 malam. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Enam pintu berek PGA di Jalan Lanang musnah terbakar
Next: Bengkel musnah 30 peratus dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.