Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Beri notis awal jika tutup jalan
  • TEMPATAN

Beri notis awal jika tutup jalan

Utusan Sarawak 5 years ago
BERJALAN LANCAR… Projek jejantas yang akan memberi keselesaan dan keselamatan orang ramai berurusan di Limbang Plaza dan Pasar Tamu Limbang.

LIMBANG: Pihak kontraktor yang melaksana kerja-kerja pembinaan jejantas di bandar Limbang disaran untuk peka dan mengambil perhatian serius terhadap aspek keselamatan di tapak projek.

Pada masa yang sama, pihak kontraktor terbabit juga diarah agar mengeluarkan notis awal berhubung penutupan jalan di kawasan pembinaan bagi mengelak berlakunya kesesakan teruk di bandar ini.

Walikota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat yang ditemui media turut mengingatkan kontraktor agar tidak melakukan penutupan jalan di waktu puncak dan hari tamu setiap Khamis dan Jumaat bagi mengelak masalah kesesakan bertambah buruk.

Kr Suffian menjelaskan, pihaknya ada melakukan perbincangan dan kerjasama bersama pihak polis untuk menempatkan anggota trafik di lokasi bagi melancarkan lagi aliran lalulintas khususnya di bandar ini susulan penutupan jalan oleh pihak kontraktor.

Beliau yang mengulas rungutan orang awam tentang masalah kesesakan jalan akibat penutupan jalan di kawasan pembinaan projek jejantas di bandar ini berharap agar pihak berkenaan sensitif dengan situasi semasa khususnya kesesakan waktu pejabat dan waktu persekolah yang telah bermula semalam.

Seterusnya Walikota Limbang Sufian memberitahu, kerja-kerja pembinaan jejantas tiga laluan dengan kos RM4.5 juta melalui peruntukan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di bawah projek MDL sedang giat dilakukan.

Selain jejantas ialah projek menaik taraf Tebingan Sungai Limbang fasa pertama dan kedua bernilai RM60 juta kini rancak dibina.

Projek jejantas yang dijangka siap sebelum hujung tahun ini akan menghubungkan orang ramai untuk berjalan kaki ke bangunan tamu Limbang, bangunan Limbang Plaza dan ke bangunan lama Persatuan Melayu Limbang tanpa perlu menyeberangi jalan raya yang sibuk.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Pokok Sakura bakal warnai Pekan Sundar
Next: Pantau rapi semua projek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.