Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ‘Berami Sungke’ eratkan silaturahim antara penduduk
  • Selatan
  • WILAYAH

‘Berami Sungke’ eratkan silaturahim antara penduduk

Utusan Sarawak 2 months ago

SIMANGGANG: Seramai 100 penduduk Kampung Tengah Simanggang memeriahkan program ‘Berami Sungke’ di Gelanggang Futsal Kampung Tengah, Simanggang hari ini.

Ketua Kampung Kiffle Morni berkata, konsep penganjuran program tersebut adalah secara santai bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

“Tradisi berbuka puasa dalam kalangan penduduk Kampung Tengah ini sudah lama diamalkan, dalam suasana santai dengan masing-masing membawa juadah sendiri dan lebih menarik apabila masyarakat di kampung ini dapat merasai pengalaman berbuka puasa bersama-sama.

“Program berbuka puasa seperti ini membolehkan kalangan penduduk mengeratkan jalinan silaturahim dan ia semestinya aktiviti yang harus diteruskan setiap tahun,” katanya.

Kiffle turut mengucapkan penghargaan kepada penduduk yang turut menaja makanan bagi menjayakan program tersebut.

“Terima kasih kita ucapkan kepada penduduk yang bermurah hati menaja makanan seperti ayam kari, ayam pansuh, kuih muih dan sebagainya. 

“Majlis berbuka puasa yang kita adakan hari ini bukan sekadar program untuk menikmati hidangan bersama, ia lebih daripada itu. Ia mencerminkan amalan bersedekah yang ditonjolkan oleh penduduk kampung.

“Amalan bersedekah bukan setakat memberi wang ringgit tetapi dengan menghulurkan pelbagai sumbangan termasuk makanan dan minuman,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abdul Malek.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Cadangan projek tebatan banjir, naik taraf Jalan Kubal akan diteliti
Next: Amalkan langkah keselamatan ketika musim perayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.