Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bekerjasama dengan bomba
  • TEMPATAN

Bekerjasama dengan bomba

Utusan Sarawak 5 years ago
DEKATI MANGSA… Datuk Talib Zulpilip (tengah) mendekati mangsa kebakaran.

BINTULU: Komuniti rumah panjang dan kampung digesa untuk berkerjasama dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam usaha membekalkan diri dengan ilmu menghadapi kebakaran.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talip Zulpilip berkata, langkah tersebut sebagai langkah mencegah kebakaran khususnya waktu kecemasan.

“Kerjasama dengan pihak bomba bekerjasama dapat meningkatkan tahap keselamatan di kediaman masing-masing dari aspek ilmu kebombaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat mangsa kebakaran di Rumah Eloh Jugah, Kampung Banyai, Sungai Segan, di sini.

Mangsa rumah panjang yang terbakar itu ialah seramai 135 dengan panjangnya 24 pintu bilik.

Rumah panjang terbabit telah musnah dijilat api dan kini mangsa mendirikan khemah sementara di kawasan lapang berdekatan rumah panjang mereka yang terbakar.

“Pihak bomba juga boleh membuat pemeriksaan berkala dari segi aspek keselamatan pendawaian elektrik, penyediaan pili bomba dan kemudahan alat pemadam api di rumah panjang,” katanya.

Hadir bersama rombongan beliau baru-baru inilah Datin Dr. Zaliha Abdullah yang turut menyerahkan sumbangan tunai berjumlah RM3,000 daripada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (Sabati) kepada mangsa kebakaran terbabit.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Pusat Khidmat Tanjong Datu terus hulur sumbangan
Next: 5,528 projek pembinaan belum beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.