Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa laluan jalan dilencong, ditutup sempena ‘Fun Walk 3KM’
  • Tengah
  • WILAYAH

Beberapa laluan jalan dilencong, ditutup sempena ‘Fun Walk 3KM’

Utusan Sarawak 6 months ago
KAUNSELOR Iskandar Naziri 

SARIKEI: Beberapa laluan jalan akan dilencong dan ditutup secara berperingkat bersempena dengan program Hari Rendah Karbon, 16 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tujuan Am, Sosial dan Pembangunan Komuniti Majlis Daerah Sarikei (MDS) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Kaunselor Iskandar Naziri berkata, ini bertujuan memberi ruang para peserta yang bakal menyertai acara ‘Fun Walk 3KM’ ini. 

Antara laluan jalan terlibat ialah kawasan MDS, mercu tanda nanas, Nyelong Esplanade dan Taman Layang-Layang.

“Jalan-jalan ini akan dilencong dan ditutup dari 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan, guna laluan alternatif dan mematuhi arahan pihak polis yang mengawal lalu lintas,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Jelasnya, antara pengisian aktiviti yang turut diadakan adalah program kitar semula. 

“Objektif program Hari Rendah Karbon adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon serta mempromosikan gaya hidup yang lebih mesra alam. 

“Ia juga bertujuan menggalakkan penggunaan tenaga yang cekap, mengurangkan penggunaan sumber tenaga fosil serta menggalakkan amalan kitar semula dan penggunaan pengangkutan awam atau mod pengangkutan yang kurang mencemarkan,” katanya. 

Tambahnya, melalui program ini, komuniti dapat mempelajari kepentingan menjaga alam sekitar dan mengurangkan kesan perubahan iklim.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Guna hanya 18 minit tenangkan penghuni rumah cemas
Next: Mangsa hilang 11 hari ditemui selamat tanpa cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.