Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor adakan latihan perkukuh kemahiran anggota
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor adakan latihan perkukuh kemahiran anggota

Utusan Sarawak 3 months ago

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintangor terus memperkukuh kemahiran anggotanya melalui sesi latihan tatacara pengendalian nozel dan teknik pemadaman api secara ofensif di ruang tertutup.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, latihan tersebut diadakan di Hosetower BBP Bintangor, semalam.

“Latihan ini dikendalikan oleh saya dan penyelia pasukan, melibatkan anggota bomba dari pasukan Alpha yang bertugas.

“Objektif utama latihan ini adalah memantapkan teknik pengendalian nozel serta meningkatkan kecekapan dalam teknik pemadaman api secara ofensif di ruang tertutup,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, latihan ini amat penting bagi memastikan anggota bomba sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan dengan kepakaran yang lebih mantap.

“Kemahiran dalam mengawal aliran air dan memahami teknik pemadaman yang betul sangat diperlukan dalam operasi menyelamat.

“Latihan ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan individu, tetapi juga memperkukuh koordinasi pasukan dalam menghadapi insiden kebakaran yang mencabar,” katanya.

Mahmudin turut menekankan kepentingan latihan berkala bagi memastikan setiap anggota bomba memahami prosedur terkini dan dapat bertindak dengan pantas serta berkesan ketika menjalankan tugas.

Tambahnya, latihan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JBPM Bintangor untuk memastikan kesiapsiagaan anggota bomba dalam menghadapi sebarang kecemasan. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 80,535kg makanan disalurkan kepada lebih 6,000 penduduk terjejas banjir
Next: Bomba pantau kawasan rendah berpotensi dinaiki air ketika MTL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.