Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bazar Ramadan bakal dibuka
  • TEMPATAN

Bazar Ramadan bakal dibuka

Utusan Sarawak 4 years ago
DATUK Dr. Abdul Rahman Junaidi (tengah) ketika mengadakan sidang media selepas menyerahkan sumbangan makanan asas kepada penduduk Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah di Ops Room PKPD Bintawa di sini, semalam.

KUCHING: Keputusan untuk pembukaan bazaar Ramadan akan diumumkan pada Jumaat depan (26 Mac 2021).

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, perbincangan telah diadakan namun belum lagi secara rasmi.

“Kita akan membuat satu sidang media pada Jumaat depan untuk pengesahan selepas mendapat maklumat terperinci daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Namun demikian, maklumat yang kita dapati daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa di peringkat persekutuan membenarkan bazaar Ramadan diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan makanan asas kepada penduduk Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah di Ops Room PKPD Bintawa, di sini, semalam.

Tambahnya lagi, bazar Ramadan akan diadakan juga di kawasan DBKU sahaja sehingga mendapat keputusan sepenuhnya daripada pihak JPBNS.

“Setakat ini saya boleh umumkan bahawa bazar Ramadan akan diadakan di tiga tempat iaitu di Kubah Ria, Sukma Ria dan Semarak.

“Namun demikian, untuk rakan-rakan yang ingin mengadakan bazar Ramadan sendiri sekiranya dibenarkan diminta untuk membuat permohonan awal kepada DBKU untuk membuat persiapan awal terutama dengan garis Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berpatutan,” jelasnya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: LUASKAN ‘PINTU’ REZEKI
Next: Tiga rumah panjang terima bantuan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.