Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Perkhidmatan bas Kapit dihentikan sementara waktu
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir: Perkhidmatan bas Kapit dihentikan sementara waktu

Utusan Sarawak 2 months ago
KEADAAN jalan Sungai Poi yang tidak dapat dilalui kenderaan kecil akibat banjir mencecah satu meter. Foto Facebook Teng Mee Hieng

SIBU: Perkhidmatan bas ke Kapit terpaksa dihentikan sementara waktu susulan banjir yang masih melanda beberapa kawasan utama, terutamanya di Sungai Poi, Kanowit.

Pengarah Urusan Kapit Bus Express Sdn. Bhd., Teng Mee Hieng, berkata paras air di kawasan Majau berhampiran Sungai Poi masih mencecah satu meter, sekali gus menyukarkan laluan kenderaan kecil.

“Keadaan di Ngungun sudah kembali normal, tetapi laluan di Sungai Poi masih berbahaya. Oleh itu, operasi bas dihentikan sejak semalam dan masih tidak dapat diteruskan hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Teng memaklumkan jika cuaca baik dan paras air mulai surut, perkhidmatan bas mungkin dapat disambung semula esok.

Dalam pada itu, Teng turut menggesa kerajaan negeri untuk menaik taraf jalan di Durin, Ngungun dan Sungai Poi yang sering terjejas akibat banjir.

“Ini adalah kali kedua banjir berlaku sejak bulan lalu. Februari lepas, kawasan ini turut dinaiki air.

“Kami berharap kerajaan dapat menaik taraf ketiga-tiga jalan ini dengan segera, termasuk menambah batu dan meninggikan jalan,” katanya.

Teng juga meluahkan kebimbangan terhadap kejadian tanah runtuh di kawasan Song yang masih belum dibaiki sejak lebih sebulan lalu.

“Walaupun ada laluan sementara, ia tetap berbahaya.

“Kami berharap kerajaan negeri bertindak segera kerana keadaan ini boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya,” tambahnya.

Teng berharap cuaca di Kapit dan kawasan hulu, terutamanya Baleh, kekal baik agar paras air dapat surut dengan cepat dan perjalanan kembali lancar.

Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan Bas Kapit boleh diajukan kepada Teng di talian 019-8123639, dan Lim 016-8602919 atau ikuti perkembangan semasa di Facebook kapitbusexpress.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Naik taraf Jalan Ling Kai Ching dimulakan selepas banjir pulih
Next: Bomba bertindak pantas selamatkan penghuni rumah ditenggelami air 10 kaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.