Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir menjalar ke Serian, Simunjan,  lima PPS baharu dibuka
  • WILAYAH

Banjir menjalar ke Serian, Simunjan,  lima PPS baharu dibuka

Utusan Sarawak 4 months ago

Foto APM Serian (FB)

KUCHING: Bencana banjir di Sarawak kini mula menjalar ke bahagian selatan negeri ini apabila lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan sejak 6 petang tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak setakat pukul 8 malam, empat PPS baharu telah dibuka di Daerah Serian, manakala sebuah lagi di Simunjan.

Bagaimanapun, jurucakap sekretariat itu masih belum dapat mengesahkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan kerana proses pemindahan penduduk terjejas ke PPS berkenaan masih berlangsung.

Sementara itu, di Miri, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit hari ini telah memaksa seramai 169 mangsa daripada 29 keluarga dipindahkan ke PPS yang terletak di Pusat Bulan Sabit Merah daerah berkenaan.

Di samping itu, jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Tatau sejak 23 Jan lepas masih kekal sebanyak 34 orang daripada 13 keluarga di PPS Rumah Steven.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial
Next: Hujan masih turun, Bintulu dilanda banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.