BINTANGOR: Sebatang pokok tumbang sehingga menghalang jalan utama di Jalan Kwong Hock sebelum pasukan bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok berkenaan semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.10 petang.
“Lima anggota bomba diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Wan Azri Adannan, digerakkan bagi menjalankan khidmat khas di lokasi.
“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebatang pokok tumbang menghalang jalan utama,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, operasi bermula pada 5.24 petang selepas komander operasi melakukan penilaian awal.
“Komander operasi mengarahkan anggota bomba menggunakan satu unit gergaji berantai untuk memotong pokok tumbang.
“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian,” katanya.
Tambahnya, khidmat khas di lokasi diselesaikan dalam tempoh kira-kira 14 minit dan ditamatkan sepenuhnya pada 5.38 petang.
Oleh Earl Anek





