Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir kilat landa Miri
  • TEMPATAN

Banjir kilat landa Miri

Utusan Sarawak 5 years ago
TERJEJAS… Keadaan beberapa jalan raya di sekitar Bandar Raya Miri dinaiki air selepas hujan lebat lebih tiga jam tanpa henti, semalam.

MIRI: Beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat lebih tiga hari tanpa henti, semalam.

Hujan lebat sejak jam 1 petang itu menyebabkan kesesakan lalu lintas akibat air bertakung di beberapa kawasan rendah.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Jalan Brooke, Jalan Pujut Padang Kerbau,  Jalan Miri-Bintulu dan Jalan Miri-Pujut.

Keadaan bagaimanapun dilaporkan terkawal dan air mulai surut selepas hujan berhenti sekitar jam 4.30 petang.

Selain itu, hujan lebat turut menyebabkan siling di bangunan Dewan Suarah Miri runtuh akibat terkena air hujan yang bocor memasuki bangunan itu.

Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu dan sepasukan anggota bomba turut berada di lokasi untuk membuat tinjauan bagi memastikan bangunan dewan tersebut selamat digunakan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kesejahteraan, keselesaan rakyat diutamakan
Next: Pembentukan SMC amat diperlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.