Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir di UPMKB semakin pulih
  • Utara
  • WILAYAH

Banjir di UPMKB semakin pulih

Utusan Sarawak 3 months ago
KEADAAN sekitar UPMKB selepas dilanda banjir semalam.

BINTULU: Keadaan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) semakin pulih menjelang tengah hari tadi dengan semua laluan kampus kini boleh diakses seperti biasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UPMKB, keadaan keseluruhan kampus adalah terkawal setelah menghadapi cabaran akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

“Sebagai langkah segera, pasukan sukarelawan ‘Jiwa PUTRA’ yang terdiri daripada 40 orang telah digerakkan untuk membantu kerja-kerja pembersihan di kawasan penginapan pelajar di Kolej Sri Rajang (KSR).

“Kerja pembersihan dijalankan bersama staf dan felo kolej bagi memastikan keselesaan pelajar yang terjejas,” menurut kenyataan tersebut.

KERJA PEMBERSIHAN… Pasukan sukarelawan ‘Jiwa PUTRA’ bersama staf dan felo KSR UPMKB menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan penginapan pelajar yang terjejas akibat banjir.

Di samping itu, bekalan makanan kering turut diedarkan kepada pelajar yang terkesan dengan banjir.

Bagi kediaman staf yang turut terjejas, kerja pembersihan juga sedang giat dijalankan untuk memastikan mereka dapat kembali ke kediaman yang selesa dalam masa terdekat.

Buat masa ini, Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan (APSeC) UPMKB sentiasa memantau situasi semasa dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya hujan lebat berterusan.

Selain itu, pihak UPMKB turut berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memenuhi keperluan atau membantu staf yang memerlukan pertolongan.

Pihak UPMKB juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus membantu dalam menangani kesan banjir, secara langsung mahupun tidak langsung.

“Diharapkan agar segala kesulitan yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera dan keadaan akan pulih dengan lebih baik untuk semua pihak,” ujar kenyataan itu.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Fenomena air pasang, beberapa kawasan di Sibu dinaiki air
Next: Nanta ambil maklum kejadian tanah runtuh di Jalan Song/Sipan – Temalat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.