Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir di Sarawak pulih, Sabah makin menurun
  • SEMASA

Banjir di Sarawak pulih, Sabah makin menurun

Utusan Sarawak 4 months ago

Foto APM Miri

KUALA LUMPUR: Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Di SARAWAK, PPS Dewan Masyarakat Beluru dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong Beluru ditutup 5 petang tadi dengan kesemua 202 mangsa kembali ke kediaman masing-masing.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan berkurangan kepada 84 orang daripada 21 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 107 orang daripada 29 keluarga pada 4 petang tadi.

“Hanya sebuah PPS di Kinabatangan masih dibuka,” menurut jawatankuasa itu.– BERNAMA 

Continue Reading

Previous: SEB perkenal Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri pertama di Malaysia
Next: Pengundian untuk Naib Presiden, MT PBB hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.