Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir berhampiran Jambatan Durin surut
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir berhampiran Jambatan Durin surut

Utusan Sarawak 2 months ago
SURUT… Dikongsikan dalam facebook rasmi JKR Sarawak menunjukkan banjir surut di kawasan Jambatan Durin dan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Foto Facebook JKR

SIBU: Keadaan banjir berhampiran Jambatan Durin telah surut pada pagi ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie ketika dihubungi telah mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, hujan berterusan menyebabkan paras air Batang Rajang meningkat dan melimpah ke jalan raya, mengakibatkan beberapa kawasan di Sibu, termasuk sekitar Jambatan Durin, dilanda banjir sejak Jumaat lalu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa lawatan tapak di persimpangan Jakar Pan Borneo, pagi semalam berkata, banjir yang melanda kawasan Jambatan Durin baru-baru ini disifatkan sebagai kejadian luar jangka dan pertama kali berlaku di kawasan tersebut.

Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan kajian bagi mengenal pasti kos serta penyelesaian untuk memastikan kejadian seumpama tidak berulang.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan Utama Perkuburan Batu 8, Jalan Kelupu kini lebih selesa, selamat digunakan
Next: Hanya perpaduan kukuh bawa pembangunan, kesejahteraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.