Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Awang Yusuf dilantik Pengerusi Majlis Daerah Lundu
  • Selatan
  • WILAYAH

Awang Yusuf dilantik Pengerusi Majlis Daerah Lundu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
AWANG Yusuf mengetuai lafaz ikrar angkat sumpah pada majlis hari ini.

LUNDU: Awang Yusup Awang Mostapha secara rasmi dilantik sebagai Pengerusi Majlis Daerah Lundu yang baharu bagi tempoh 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028.

Menurut jurucakap Jabatan Penerangan Lundu menerusi kenyataan di media sosial Facebook rasminya, majlis angkat sumpah dan penandatanganan surat akuan penerimaan jawatan telah berlangsung di Dewan Masyarakat Lundu, hari ini.

Dalam majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Awang Yusuf dilantik sebagai Pengerusi manakala Bujang Budin sebagai Timbalan Pengerusi.

TIMBALAN Pengerusi Majlis Daerah, Bujang Sudin melafaz angkat sumpah, hari ini.

Kedua-duanya mengetuai seramai 32 ahli majlis yang turut mengangkat sumpah dan menandatangani surat akuan penerimaan jawatan.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan, ADUN Opar Billy Sujang, dan Setiausaha Majlis Daerah Lundu Norashikin Brahim.

Dalam ucapannya, Sim berkata, pelantikan tersebut akan membantu pihak berkuasa tempatan melaksanakan amanah dengan lebih berkesan serta memastikan rakyat menerima manfaat daripada pembangunan yang dirancang kerajaan.

Menurutnya, ahli majlis bukan sahaja mewakili suara dan kepentingan penduduk, malah berperanan sebagai penghubung antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan.

“Ahli-ahli majlis daerah di seluruh Sarawak memainkan peranan penting dalam merealisasikan agenda pembangunan kerajaan, khususnya dalam memastikan dasar-dasar kerajaan sampai ke peringkat akar umbi dan memenuhi keperluan masyarakat setempat,” katanya.

Majlis turut dihadiri oleh wakil Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Chee Kang; Timbalan Pengarah Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Ahmad Nidzam Wan Omar, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Niponi Undek, Abang Abdul Aziz Abang Draup, serta Ketua Polis Daerah Lundu Superintenden Sudirman Kram.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKR Sarawak dekati komuniti luar bandar di SK Long Tuma
Next: Projek seni mural sulung cetus transformasi ruang awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.