Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Ara Johari bawa kelainan muncul Zapin Malam Raya
  • HIBURAN

Ara Johari bawa kelainan muncul Zapin Malam Raya

Utusan Sarawak 2 months ago
ARA Johari. Foto Universal Music Malaysia

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ara Johari yang sinonim dengan lagu rock, membawa kelainan buat peminat apabila muncul dengan lagu Zapin Malam Raya bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, berkata lagu yang akan dilancarkan 19 Mac depan itu adalah istimewa kerana menonjolkan sisi lain dirinya yang tidak pernah membawakan lagu irama Malaysia sebelum ini.

“Ini kali pertama saya bawa lagu genre irama Malaysia. Mungkin kedengaran sedikit berlainan dengan suara Ara yang biasa dengan lagu rock.

“Ara juga teruja apabila lagu ini menyelitkan dialek-dialek negeri, iaitu Negeri Sembilan dan Kelantan, menceritakan tentang suami yang teruja apabila tiba giliran balik raya ke kampungnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Universal Music Malaysia semalam.

Lagu ciptaan Affan Mazlan bersama-sama Syafiq Al Gambus itu turut menampilkan kumpulan pelawak dari pantai timur, Trio Latah sebagai penyanyi undangan.

Muzik video lagu ini dalam proses penggambaran dan dijangka dapat ditonton pada minggu depan.

– Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Adi Putra seorang yang toksik?
Next: Raja Charles III minat lagu Siti Nurhaliza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.