KUCHING, 11 Oktober: Kualiti udara di Sarawak kekal pada tahap sederhana setakat 8.00 malam ini dengan Bario menjadi satu-satunya kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik, iaitu 49.
Menurut status IPU daripada Lembaga Sumber Asli dan dan Alam Sekitar, Miri mencatatkan bacaan tertinggi pada 96, diikuti Bintulu dan Samalaju masing-masing 93 serta Lundu 91.
Berbanding bacaan pada 3.00 petang tadi, IPU di Kuching turun daripada 84 kepada 80, Samarahan daripada 74 kepada 76, Serian daripada 70 kepada 72, manakala Sibu turun daripada 86 kepada 81.
Bacaan di Miri pula turun daripada 97 kepada 96, Bintulu daripada 94 kepada 93 dan Samalaju daripada 96 kepada 93. Lundu mencatatkan penurunan daripada 94 kepada 91.
Sementara itu, bacaan IPU di Sri Aman kekal pada 59, manakala Mukah meningkat daripada 80 kepada 77?
Bacaan di Kapit turun daripada 65 kepada 64, ILP Miri daripada 79 kepada 76, Limbang daripada 83 kepada 81, Tebedu meningkat daripada 64 kepada 67, Lubok Antu daripada 71 kepada 70, Kanowit daripada 87 kepada 72, Belaga daripada 80 kepada 82, Lawas daripada 83 kepada 84 dan Bario daripada 61 kepada 49.
Tiada bacaan terkini direkodkan bagi Betong.




