KUCHING: Sebuah apartmen yang masih dalam pembinaan di Tabuan Dayak di sini terbakar, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kebakaran berlaku sekitar 10.33 pagi melibatkan bilik pam di tingkat 12.
“Bahan yang ada dalam bilik itu adalah cat dan juga kayu palet.
“Kebakaran tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya.
Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, dibantu 10 anggota dari BBP Petra Jaya dan lapan anggota dari BBP Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 11.15 pagi tadi.
Oleh Mohd Neenatul Aizal