Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Annie Senabong dinobat Miss Hornbill Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Annie Senabong dinobat Miss Hornbill Sarawak

Utusan Sarawak 7 months ago
TAHNIAH… Annie (tengah) diapit oleh Jesslyn (kiri) dan Jolin (kanan) merakamkan kenangan selepas menduduki tiga tempat teratas pertandingan Miss Hornbill Sarawak 2024 di Sibu, malam tadi. 
 

SIBU: Annie Senabong dinobatkan sebagai Miss Hornbill Sarawak 2024 pada pertandingan yang diadakan di Rejang Esplanade di sini, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, gadis berasal dari Bintulu ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 beserta mahkota dan piala.

Naib johan pula dinobatkan kepada Jesslyn Kho dari Kuching yang menerima hadiah wang tunai RM800 dan piala.

Jolin Wong yang berasal dari Sibu meraih tempat ketiga sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM500 beserta piala.

Selain itu, turut diberikan beberapa anugerah khas kepada peserta yang cemerlang dalam pelbagai kategori, menonjolkan pelbagai bakat peserta.

Seramai 12 peserta telah memyertai pertandingan pada kali ini dimana 10 peserta kaum Cina dan dua peserta dari etnik lain.

Pertandingan itu diadakan sempena Festival Riverside 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Hadir sama ialah Penasihat Persatuan Perpaduan Sungai Merah Sibu, Kapitan Ling Hua Wei.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SR Integrasi Al-Amin Bintulu terima wakaf pendidikan bernilai lebih RM2 juta
Next: Peruntukan RM100,000 untuk penduduk PPRMS DUN Tamin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.