Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir hampir seluruh negara hingga 9.00 malam
  • SEMASA

Amaran ribut petir hampir seluruh negara hingga 9.00 malam

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan hampir kesemua negeri di Semenanjung serta beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak hingga 9.00 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca diramal melanda Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di utara, kawasan terjejas ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, seluruh Pulau Pinang serta sebahagian besar Perak termasuk Kuala Kangsar, Kinta dan Hilir Perak.

Cuaca sama turut dialami di Pantai Timur merangkumi Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan, manakala Terengganu melibatkan Besut, Setiu serta Dungun.

Pahang pula menyaksikan hampir kesemua daerah terkesan termasuk Cameron Highlands, Raub, Kuantan dan Rompin.

Bagi Johor, amaran sama dikeluarkan bagi kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Sabah pula melibatkan kawasan di Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan (Tongod), selain Wilayah Persekutuan Labuan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat di 11 negeri hingga 6.00 petang 
Next: DAP kritik projek pembangunan GPS tetapi diam ketika projek Sarawak terjejas era PH

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.