Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Amalan bertolak ansur tunjang keharmonian
  • Tengah
  • WILAYAH

Amalan bertolak ansur tunjang keharmonian

Utusan Sarawak 1 month ago
RAKAM KENANGAN… Lidam Assan bersama yang lain pada program Jom Berambeh Syawal Pertama di pekarangan Masjid Nurul Islam Kampung hari ini. Foto UKAS

SONG: Perpaduan yang terjalin sejak sekian lama berpunca daripada sikap hormat-menghormati adat resam serta pantang larang setiap kaum, di samping amalan bertolak ansur yang menjadi tunjang kepada keharmonian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan berkata, perpaduan bukan sahaja penting untuk komuniti di Song, malah turut menjadi asas kepada kemajuan Sarawak untuk lebih maju dan makmur.

“Masyarakat di Song sangat unik kerana kita dapat bersama-sama meraikan setiap perayaan tanpa mengira kaum dan agama. Ini membuktikan perpaduan yang kukuh di sini dan saya berharap amalan ini dapat dikekalkan demi kesejahteraan bersama,” katanya berucap pada program Jom Berambeh Syawal Pertama di pekarangan Masjid Nurul Islam Kampung di sini, hari ini.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada penganjur atas usaha murni mengadakan program yang dapat mengeratkan hubungan masyarakat.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti serta jamuan Aidilfitri yang menggalakkan interaksi antara penduduk setempat.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya, sambil menggesa agar nilai perpaduan yang telah lama wujud ini terus diperkukuh demi generasi akan datang.

Program tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Lajnah Kebajikan dan Sosial (LAKIS). – UKAS

Tags: Tengah

Continue Reading

Previous: Operasi SAR mangsa terjatuh bot ekspres ditangguh lagi
Next: Huang ziarah Aidilfitri di kawasan Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.