SIBU: Aktiviti bersukan menjadi landasan penting dalam usaha untuk mengeratkan semangat persaudaraan dalam parti.
Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak(PRS), Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata, selain penglibatan dalam arena politik, aktiviti bersukan dijadikan landasan untuk menghimpunkan kesemua Pergerakan Wanita PRS bahagian seluruh wilayah Sarawak.
“Bersukan akan menjadikan fizikal dan mental lebih kental dan bersemangat. Kalau kita berpolitik sahaja, kita macam rasa ada tegang, tapi dengan adanya program bersukan seperti ini kita lebih santai, lebih memahami dan semangat kesukanan ini sememangnya sentiasa ada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Pertandingan Futsal 2024 Perggerakkan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Piala Piala Pusingan YB Dato’ Sri Doris Sophia Brodie di Gelanggang Futsal Kampung Nangka, petang tadi.
Majlis perasmian pertandingan tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana.
Ahli Parlimen Sri Aman itu memberitahu, pertandingan tersebut telah mula diadakan sejak 2017 di Sri Aman.
“Selepas itu, pertandingan ini diadakan di Kapit dan terhenti kerana pandemik Covid-19. Pada 2022, kalau tak silap saya kita adakan pertandingan di Bintulu.
“Tahun lepas, DUN Tamin menjadi tuan rumah kita adaka pertandingan ini di Gelanggang Futsal Kampung Nangka.
“Pada tahun ini, kita bersyukur kerana DUN Ngemah menjadi tuan rumah Perggerakan Wanita PRS Ngemah jadi tuan rumah disokong oleh ADUN Ngemah Anyi Jana kita dapat mengadakan pertandingan di sini (Gelanggang Futsal Kampung Nangka), hari ini.
“Siapa bakal menjadi tuan rumah tahun depan, esok akan kita umumkan,” ujarnya.
Beliau berharap agar pertandingan selama dua hari ini memberi berkat dari segi semangat persaudaraan di antara semua wanita PRS, terutama sekali exco-exco bahagian dan ahli-ahli bahagian PRS.
Pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu disertai sebanyak 15 pasukan.
Antara yang terlibat ialah N49 Ngemah, N79 Bukit Kota, N80 Batu Danau, N61 Pelagus, N34 Batang Ai, N72 Lambir, N70 Samalaju, N59 Tamin, N33 Engkelili, NBalai Ringin, N66 Murum, N18 Serembu, N32 Simanggang, Pergerakan Wanita PRS Pusat dan N75 Senadin.
Oleh Akun Giman