Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agihan bubur lambuk serlah semangat kesukarelawanan
  • WILAYAH

Agihan bubur lambuk serlah semangat kesukarelawanan

Utusan Sarawak 2 months ago
BULAN MULIA… Siti Mariam Mahdar, Hajijah Dollah mengagihkan bubur lambuk dan bubur kacang di Surau Nur Ihsan Kampung Pemindahan, Marudi hari ini.

MARUDI : Sebanyak 300 bekas bubur lambuk dan bubur kacang berjaya disediakan dalam program gotong royong yang diadakan di Surau Nur Ihsan Kampung Pemindahan, hari ini.

Program yang bermula seawal 7.00 pagi itu dimulakan dengan penyediaan dan memasak hasil kerjasama ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pemindahan Marudi, Surau Nur Ihsan Kampung Pemindahan dan Komuniti MADANI Kampung Pemindahan.

Program pengagihan kepada penduduk setempat dilaksanakan di Dewan Terbuka Surau Nur Ihsan.

Menurut Pegawai Penerangan Marudi, Siti Mariam Mahdar, program tahunan berkenaan diadakan setiap kali Ramadan bagi mengeratkan silaturahim dan meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum.

Turut hadir, Penghulu Mohamad Abdul Majid, Pengerusi Surau Nur Ihsan, Rosidi Bujang, Ketua Komuniti MADANI Kampung Pemindahan, Hajijah Dollah.

OLEH JIKU JUGOUNG

Continue Reading

Previous: Insentif pendidikan ringankan beban pelajar
Next: Sebar maklumat tepat, sahih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.