Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Meradong puas hati kemajuan kerja naik taraf jeti Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Meradong puas hati kemajuan kerja naik taraf jeti Bintangor

Utusan Sarawak 1 month ago
JETI DINAIK TARAF… Jeti Bintangor sedang dinaik taraf.

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berpuas hati dengan kemajuan kerja menaik taraf jeti Bintangor.

Beliau berharap projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual yang dirancang.

“Saya amat berpuas hati dengan perkembangan kerja menaik taraf jeti Bintangor setakat ini.

“Saya berharap projek ini akan berjalan lancar mengikut perancangan dan tarikh yang telah ditetapkan demi manfaat penduduk setempat,” katanya selepas sesi perjumpaan bersama Pegawai Lembaga Sungai Bahagian Sarikei, Zul Hajiji di Pusat Khidmat DUN Meradong, hari ini.

UNTUK ALBUM… Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama rombongan JCI Sarikei.

Dalam pertemuan tersebut, Zul Hajiji membentangkan laporan terkini mengenai perkembangan pelaksanaan kerja naik taraf jeti tersebut.

Koung Hiing turut menerima kunjungan hormat daripada rombongan Junior Chamber International (JCI) Sarikei yang diketuai pengerusinya, Andy Lau.

Katanya, JCI Sarikei akan menganjurkan JCI Area Sarawak Convention Talent Night pada 3 Mei 2025.

Sebagai tanda sokongan, beliau akan menyerahkan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada JCI Sarikei untuk penganjuran program tersebut.

“Saya berharap JCI Sarikei terus aktif memperkasa belia tempatan menerusi penganjuran program yang bermanfaat seperti ini.

“Belia merupakan aset penting dalam pembangunan komuniti kita,” katanya.

Selesai sesi kunjungan tersebut, beliau mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Tee.

Koung Hiing diiringi oleh Guru Besar SJKC Ming Tee, Ong Yi Ting, Pengerusi Lembaga Sekolah, Hu Lik King dan Pemanca Yii Hee Sieng.

Dalam tinjauan tersebut, beliau meneliti keadaan prasarana sekolah dan memaklumkan akan memohon projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Meradong bagi 2026.

Antara projek yang dicadangkan ialah pemasangan skrin LED di dewan sekolah serta menaik taraf sistem perparitan bagi membolehkan kawasan tersebut dijadikan tempat letak kenderaan untuk memudahkan ibu bapa mengambil anak-anak mereka di sekolah.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RSS anjur Ramah Tamah Aidilfitri Sabtu ini
Next: MDL kenal pasti 18 destinasi pelancongan di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.