Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek pembangunan di Kapit akan dilaksana secara berperingkat – Nanta
  • TEMPATAN

Projek pembangunan di Kapit akan dilaksana secara berperingkat – Nanta

Utusan Sarawak 21 hours ago
DATO Sri Alexander Nanta Linggi ketika merasmikan Pasar Terabai baharu yang menelan kos RM4.4 juta baru-baru ini.
Foto Facebook Alexander Nanta Linggi

KAPIT: Meskipun masyarakat Kapit berhak menantikan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, mereka diminta agar terus bersabar memandangkan proses tersebut memerlukan masa dan perancangan rapi.

Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, dalam satu hantaran di Facebook, berkata kerjasama erat serta sokongan berterusan daripada semua pihak amat penting untuk menjayakan setiap inisiatif pembangunan.

“Tanpa sokongan dan kerjasama menyeluruh, pelaksanaan projek pembangunan akan menjadi sukar. Namun, jika semua pihak terus bersatu dan mempercayai kepimpinan yang ada, lebih banyak pembangunan boleh dibawa ke Kapit dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pasar Terabai baharu di Kapit, baru-baru ini.

Antara projek pembangunan utama yang akan dilaksanakan di Kapit termasuklah pembinaan Kolej Profesional MARA di Nanga Yong, yang telah mendapat kelulusan daripada kerajaan.

“Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan pembinaan jalan penghubung antara Nanga Semaram dan Nanga Yong, termasuk jambatan merentasi Batang Rajang ke Nanga Yong,” jelas beliau.

Menurut Nanta, semua projek berimpak tinggi ini yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit hanya dapat direalisasikan melalui kerjasama semua pihak dan sokongan kukuh masyarakat akar umbi terhadap kerajaan sedia ada di Sarawak.

Menyentuh mengenai Pasar Terabai baharu yang dibina dengan kos RM4.4 juta, beliau berkata pasar itu mampu menampung sebanyak 96 gerai untuk peniaga menjual hasil pertanian, hasil hutan dan makanan segar.

“Ia juga diwujudkan bagi mengatasi isu peniaga yang sebelum ini terpaksa berniaga di tepi jalan tanpa kemudahan asas yang sempurna,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru para peniaga agar menjaga kebersihan dan keselesaan pasar, kerana ia adalah tanggungjawab bersama dalam usaha mengekalkan imej Kapit sebagai sebuah bandar yang bersih dan teratur.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sambutan Hari Guru 2025 PGBM Daerah Selangau disambut meriah
Next: 31 Ahli Majlis Daerah Sebuyau angkat sumpah, tanda bermulanya pentadbiran baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.