Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Presiden Brazil tegaskan tak perlu jurulatih asing termasuk Ancelotti
  • SUKAN

Presiden Brazil tegaskan tak perlu jurulatih asing termasuk Ancelotti

Utusan Sarawak 11 hours ago
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva (kiri) dan Ancelotti yang bakal menjadi jurulatih warga asing pertama mengendalikan skuad kebangsaan Brazil. 

BRASILIA: Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva berkata, Brazil tidak perlukan warga asing sebagai jurulatih bola sepak skuad kebangsaan mereka.

Reaksinya itu selepas pelantikan pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti sebagai jurulatih baharu the Selecao. 

Isnin lalu, Ancelotti yang berasal dari Itali menjadi jurulatih asing pertama sejak 1965 yang akan mengendalikan skuad kebangsaan Brazil dengan harapan untuk memenangi Piala Dunia tahun depan.

“Sejujurnya, saya tiada apa-apa terhadap beliau sebagai seorang warga asing. Apa yang saya fikir ialah kita mempunyai jurulatih dari Brazil yang mampu mengendalikan pasukan Selecao,” kata Lula kepada wartawan di China, menurut satu video yang dikongsikan dalam media Brazil.

Sebagai seorang peminat bola sepak, Lula sebelum ini pernah menyuarakan keraguannya terhadap kemungkinan pelantikan Ancelotti, yang telah diperkatakan selama bertahun-tahun.

“Beliau tidak pernah menjadi jurulatih kebangsaan Itali. Mengapa beliau tidak menyelesaikan masalah Itali, yang bahkan tidak layak ke Piala Dunia 2022?” kata presiden itu pada 2023.

Semalam, beliau menggambarkan Ancelotti sebagai seorang jurulatih yang hebat dan menyatakan harapannya agar jurulatih dari Itali itu dapat membantu pasukan Brazil, terlebih dahulu untuk layak ke Piala Dunia dan kemudian, jika boleh, memenangi trofi kejuaraan.

Brazil kini berada di kedudukan keempat dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 yang akan dianjurkan oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Brazil mengumpul 21 mata daripada 14 perlawanan, kurang daripada Ecuador, Uruguay dan juara dunia, Argentina.

Enam pasukan teratas dari Amerika Latin akan layak ke Piala Dunia 2026. – AFP

Continue Reading

Previous: Penyerang Forest koma selepas pembedahan – laporan
Next: Gelanggang futsal berbumbung jadi realiti di Rumah Ikom Senyawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.