Kempen derma darah Ahad ini

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DERMA DARAH ANDA… Kempen derma darah Kelab Lions Sibu Loving Care pada Ahad ini.

SIBU: Kelab Lions Sibu Loving Care dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu akan menganjurkan kempen derma darah pada Ahad ini.

Menerusi kenyataan hari ini, program anjuran bersama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Sibu itu akan diadakan di bangunan PBSM, Jalan Awang Ramli Amit, bermula dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Objektif penganjuran kempen adalah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Tabung Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman