Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Cristina Suzanne terima cabaran baharu dalam pentas teater Keluang Man
  • HIBURAN

Cristina Suzanne terima cabaran baharu dalam pentas teater Keluang Man

Utusan Sarawak 3 weeks ago
CRISTINA Suzanne Stockstill

KUALA LUMPUR: Selepas kembali aktif dalam dunia seni menerusi pembabitan filem box office Babah yang ditayangkan pada akhir tahun lepas, ramai dalam kalangan peminatnya ternanti-nanti akan ‘buah tangan terbaharu’ aktres kacukan Melayu-Jerman Cristina Suzanne Stockstill ini.

Tidak mahu membiarkan penantian itu berantaian lama, terbaharu Cristina yang pernah merangkul Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2013 ini bakal beraksi dalam pementasan teater sulungnya, Keluang Man, sekali gus membuka lembaran baharu dalam graf seni karier wanita ini.

Lebih dua dekad berkelana dalam industri lakonan tanah air, ibu kepada anak lelaki bernama Noah ini akan menggalas watak Suri menerusi naskhah baharu tersebut, selepas pernah terlibat dalam persembahan teater muzikal menerusi karya Ramli Festasi.

Biarpun begitu, cabaran bagi teater Keluang Man ini adalah jauh berbeza yang dianggap mencabar keupayaannya sebagai pelakon memandangkan naskhah itu merupakan teater pementasan penuh sekali gus menuntut komitmen fizikal serta emosi yang lebih mendalam dan penuh penghayatan.

“Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk memegang watak ini buat kali pertama. Saya terharu dan teruja, namun pada masa sama saya perlu lebih berhati-hati. Watak Suri bukan sekadar pelengkap cerita. Dia ada kekuatan tersendiri.

“Saya bayangkan dia sebagai wanita yang membesar dalam komuniti kampung dan disayangi ramai. Jadi, setiap emosi perlu dijaga agar penyampaiannya tidak keterlaluan,” katanya kepada media selepas pelancaran teater berkenaan baru-baru ini.

Cristina yang pernah menjayakan filem Kil, Jwanita, CEO dan Sejoli: Misi Cantas Cinta ini, bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana dibimbing oleh pelakon berpengalaman serta kru produksi dari aspek pergerakan pentas, lontaran suara dan ekspresi.

“Saya bertuah kerana dibantu pelakon lain yang berpengalaman dalam bidang teater. Mereka banyak mengajar saya termasuk cara mengembangkan watak, sekali gus membantu saya memahami peranan dengan lebih jelas. Perkara ini memberi keyakinan untuk saya menjadi lebih matang dalam dunia lakonan,” katanya.

Pementasan teater Keluang Man, adaptasi daripada siri animasi popular era 1990-an, bakal berlangsung di Studio Sedar Ruang, Shah Alam mulai 24 hingga 27 April ini. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Artis perlu sedia pelan B, populariti tak kekal selamanya
Next: Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri, Syamel bersatu dalam konsert

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.