Konsert Rakyat Sarawakku Sayang meriahkan Samarahan 22 November ini

Facebook
WhatsApp
KONSERT Rakyat sempena Program Sarawakku Sayang 2026 yang dijadual berlangsung pada 22 November ini. Foto Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak, Jabatan Premier Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 13 November: Bahagian Samarahan bakal dimeriahkan dengan penganjuran Konsert Rakyat sempena Program Sarawakku Sayang 2026 yang dijadual berlangsung pada 22 November ini.

Konsert yang akan diadakan di Halaman Samarahan itu bermula pada 8.00 malam dan dijangka menjadi antara acara tumpuan masyarakat setempat menerusi persembahan hiburan yang menghimpunkan barisan artis serta penggiat seni tempatan.

Bob Yusof

Antara artis yang bakal menghiburkan pengunjung ialah Zah Amirul, Ezad Lazim, Bob Yusof, Adam Yaman, Karen Cinder, Yadee dan Dygku Fadzillah.

Turut memeriahkan pentas ialah Fir Affandi, Iwan Dasri serta persembahan daripada Band D’Jaksa yang pastinya menambahkan kemeriahan suasana konsert.

Penganjuran konsert itu merupakan sebahagian daripada Program Sarawakku Sayang 2026 yang membawa tema Jaga Sarawak, Intu Sarawak.

Ezad Lazim

Program berkenaan turut menjadi platform menghimpunkan masyarakat dalam suasana santai, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap negeri Sarawak.

Orang ramai khususnya penduduk sekitar Samarahan dan kawasan berdekatan dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Konsert Rakyat tersebut.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati malam penuh hiburan dan kemeriahan bersama barisan artis tempatan di Halaman Samarahan, 22 November ini.

Oleh Adi Safarman

Zah Amirul