Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kunjungan sebagai penghargaan pihak majlis kepada ketua masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Kunjungan sebagai penghargaan pihak majlis kepada ketua masyarakat

Utusan Sarawak 2 months ago
ERATKAN PERPADUAN… Ting bersama rombongan ketika mengadakan kunjungan ke kediaman Wan Hamid.

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting serta rombongan mengadakan kunjungan Hari Raya di sini, semalam.

Ting serta rombongan berkunjung ke beberapa kediaman ketua masyarakat serta ahli-ahli MPS.

Antara kediaman yang dikunjungi ialah Temenggong Datuk Wan Hamid Edrcue, Kaunselor Mohd Keprawi serta yang lain.

Semasa kunjungan itu, Ting serta rombongan turut dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti kuih, kek, rendang, ketupat, kari dan sebagainya.

Kunjungan itu adalah sebagai tanda MPS menghargai sumbangan ketua masyarakat dan ahli-ahli majlis serta berharap mereka sentiasa dekat dengan MPS dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di bahagian ini.

Ting turut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ketua masyarakat dan ahli-ahli MPS atas sambutan diberikan semasa kunjungan tersebut.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Isu baik pulih jalan di kawasan Meluan dibincang bersama JKR
Next: Tiada gangguan elektrik di Saratok sepanjang Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.