Ultra Al-Rahman juara tarik tali Debak Fest 2026

Facebook
WhatsApp
TAHNIAH...Pasukan Ultra Al-Rahman dari Kabong muncul juara Pertandingan Tarik Tali Terbuka sempena Debak Fest 2026 yang berlangsung di Padang Riveria Debak, semalam.

DEBAK, 15 November: Pasukan Ultra Al-Rahman dari Kabong muncul juara Pertandingan Tarik Tali Terbuka sempena Debak Fest 2026 yang berlangsung di Padang Riveria Debak, semalam.

Kejayaan itu membolehkan pasukan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM400 berserta pingat selepas mengatasi tujuh pasukan lain yang turut menyertai pertandingan tersebut.

Tempat kedua menjadi milik Blue Titend dari Betong yang menerima wang tunai RM300 dan pingat, manakala Blue Guardians, juga dari Betong, menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM200 berserta pingat.

Sementara itu, Combat Team dari Beladin melengkapkan senarai empat pasukan terbaik apabila meraih tempat keempat dan membawa pulang wang tunai RM100 serta pingat.

Pertandingan anjuran Kelab Belia Pekan Debak itu menghimpunkan lapan pasukan yang berentap bagi merebut kedudukan terbaik dalam acara berkenaan.

Selain empat pasukan pemenang, saingan turut disertai Blue Titens, The Pakak Man, Tok Ugak, Brother’s APM T.OW dan Koroi TheBuck.

Penyertaan pasukan dari Kabong, Betong dan Beladin itu turut memperlihatkan penglibatan peserta dari beberapa kawasan dalam memeriahkan penganjuran Debak Fest 2026.

Pertandingan berkenaan bukan sahaja menjadi medan persaingan antara pasukan, malah turut memberi ruang kepada golongan belia untuk menyertai aktiviti sukan dan mengeratkan hubungan melalui semangat kesukanan.