Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkukuh semangat perpaduan, ukhuwah Islamiah sempena Aidilfitri
  • Tengah
  • WILAYAH

Perkukuh semangat perpaduan, ukhuwah Islamiah sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 3 months ago
ADUN Jepak, Iskandar Turkee bersama jemaah Masjid Al-Muttaqin, Sungai Plan, selepas solat sunat Aidilfitri, dan majlis doa selamat, semalam.

BINTULU: Semangat perpaduan dan ukhuwah Islamiah dalam kalangan masyarakat perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan berpanjangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, berkata Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi satu kesempatan terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim, dan saling memaafkan.

“Aidilfitri mengajar kita erti perpaduan, kasih sayang, dan rasa syukur.

“Saya berharap semangat perpaduan ini terus diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat kita,” katanya selepas solat sunat Aidilfitri dan majlis doa selamat di Masjid Al-Muttaqin, Sungai Plan, semalam.

Iskandar Turkee turut menegaskan komitmennya untuk terus menyokong program-program keagamaan dan kemasyarakatan di kawasan Jepak bagi memastikan penduduk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan.

Dalam majlis yang dihadiri ramai jemaah itu, umat Islam mengambil kesempatan untuk bersalaman dan bermaafan, mencerminkan semangat ukhuwah yang erat dalam kalangan penduduk setempat.

Masjid Al-Muttaqin yang menjadi pusat ibadah utama di Sungai Plan terus memainkan peranan penting dalam menganjurkan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan demi memperkukuh perpaduan masyarakat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Huang ziarah Aidilfitri di kawasan Sarikei
Next: ‘Makan Ringgo Rayo’ amalan tradisi diteruskan masyarakat di kawasan Saribas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.