Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM450 juta bantu golongan kurang kemampuan di Sarawak
  • TEMPATAN

RM450 juta bantu golongan kurang kemampuan di Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
UNTUK LEBARAN...Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di Limbang, petang tadi.

LIMBANG: Kerajaan Sarawak menerusi Bajet 2025 telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di negeri ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) memastikan nasib rakyat di negeri ini terus terbela.

“Kerajaan GPS mempunyai komitmen besar bukan sahaja memastikan negara bergerak maju ke depan,  tetapi terus membela nasib rakyat yang kurang berkemampuan.

“Dalam Bajet 2025 kita mengambil kira kebajikan masyarakat dengan memperuntukkan RM450 juta bagi membantu masyarakat kita yang memerlukan bantuan dan memastikan setiap hari ada makanan di atas meja,” katanya semasa majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Pegawai-Pegawai Masjid/ Surau, Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), Anak-Anak Yatim di Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang, petang tadi.

Turut sama Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Politik Premier Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan tetamu lain.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar Dua dan  Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan Sarawak menjelaskan, kerajaan Sarawak  memperkenalkan inisiatif terbaru, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.

“Oleh itu, rakyat perlu berusaha dan belajar teknologi digital untuk terus mendaftar SKAS dalam talian bagi membolehkan bantuan itu dapat dimanfaatkan untuk keperluan rakyat.

“Pada masa sama, Pejabat Residen perlu proaktif turun padang untuk menerangkan mengenai bantuan dan program SKAS bagi memastikan lebih ramai rakyat yang layak mendapatkan  bantuan itu,” ujar Awang Tengah.

Sementara itu, lebih 700 penerima terdiri pegawai-pegawai masjid/ surau, ibu tunggal, OKU dan  anak-anak yatim menerima sumbangan masing-masing pada majlis berkenaan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: SABERKAS asah bakat kepimpinan
Next: Next Post

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.