Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sambutan Ulang Tahun Tokong Guan Ze Zun Wang Roban
  • Selatan
  • WILAYAH

Sambutan Ulang Tahun Tokong Guan Ze Zun Wang Roban

Utusan Sarawak 2 months ago
MESYUARAT jawatankuasa Persatuan Kebajikan Tokong Cina Roban telah diadakan di Tokong Guan Ze Zun Wang Roban, malam tadi. Foto Lim Kwang Yien

ROBAN: Persatuan Kebajikan Tokong Cina Roban akan menganjurkan Sambutan Ulang Tahun Tokong Guan Ze Zun Wang Roban pada 21 Mac ini.

Menurut Pengerusi Persatuan Kebajikan Tokong Cina Roban, Wee Chun Ing berkata sebanyak 25 persatuan yang akan bakal menyertai perarakan sejauh lima kilometer (km) itu nanti.

“Perarakan akan bermula 6.00 petang, ia bermula dari Tokong Guan Ze Zun Wang Roban dan mengelilingi sekitar Pekan Roban dan seterusnya berpatah balik ke Tokong Guan Ze Zun Wang Roban semula,” katanya.

Dalam pada itu, satu mesyuarat jawatankuasa Persatuan Kebajikan Tokong Cina Roban telah diadakan di Tokong Guan Ze Zun Wang Roban, malam tadi.

IMBAS KEMBALI… Sambutan Ulang Tahun Tokong Guan Ze Zun Wang Roban yang diadakan pada tahun lalu. Foto Lim Kwang Yien

Wee Chun berkata pihaknya menjangkakan ribuan pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum akan hadir bagi menyaksikan Sambutan Ulang Tahun Tokong Guan Ze Zun Wang Roban itu nanti.

“Justeru itu, orang ramai yang menghadiri sambutan itu nanti adalah dinasihatkan agar meletakkan kenderaan di lokasi ditetapkan bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas,” katanya.

Justeru itu katanya orang ramai dinasihati merancang perjalanan masing-masing semasa perarakan itu berlangsung.

Dalam pada itu, Wee Chun turut menjemput penduduk di sekitar Roban untuk menyaksikan Sambutan Ulang Tahun Tokong Guan Ze Zun Wang Roban yang diadakan pada 21 Mac ini bermula 6.00 petang.

Selain itu, terdapat pertunjukan pentas yang bakal menampilkan jemputan dari Fei Yi Pang Sibu akan menghiburkan semua penonton di pentas utama Tokong Guan Ze Zun Wang Roban.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: UTS agih 400 bekas bubur lambuk kepada orang ramai
Next: MLNG sokong usaha pemulihan pascabanjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.