BELURU, 19 Oktober: Tindakan pantas Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM ) Daerah Beluru berjaya membuka pintu sebuah kereta yang terkunci dalam operasi khidmat khas yang dijalankan pagi tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 9.10 pagi berhubung kejadian pintu kereta terkunci.
Setibanya di lokasi didapati sebuah kereta milik pengadu telah terkunci di Rh Henry Gomes, Kampung Mission Ulu Teru Beluru kira-kira satu kilometer dari Pusat Khidmat Operasi (PKOD ) Daerah Beluru.
Operasi membuka pintu kereta terkunci dilakukan tiga anggota APM diketuai L/Kpl (PA) Lydia Nagi Keyai menggunakan peralatan khas.
Pintu kereta yang awalnya tidak dapat dibuka dengan penggera dan kunci berjaya dibuka dengan perlatan khas pada 9.30 pagi.
Setelah selesai menjalankan operasi, anggota APM bergerak pulang ke PKOD pada 9.32 pagi.
Oleh Jiku Jiguong





