Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UTS agih 400 bekas bubur lambuk kepada orang ramai
  • Tengah
  • WILAYAH

UTS agih 400 bekas bubur lambuk kepada orang ramai

Utusan Sarawak 2 months ago
UNTUK KENANGAN… Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid (tiga kanan) bersama Datin Dayang Mariani Abang Zen (empat kanan) dan Mohammad Shahril (dua kanan) pada majlis pengagihan bubur lambuk di hadapan Surau Darul Islam Sibu, Jalan Bandong, petang tadi.

SIBU: Surau Pusat Islam Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dengan kerjasama Persatuan Wanita UTS telah mengagihkan sebanyak 400 bekas bubur lambuk kepada orang ramai di hadapan Surau Darul Islam Sibu, Jalan Bandong, petang tadi.

Menurut Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, Persatuan Wanita UTS yang diketuai Yang Dipertuanya Datin Dayang Mariani Abang Zen telah menjayakan program tersebut dengan bergotong-royong memasak bubur lambuk.

“Pada sebelah malam pula, Surau Pusat Islam UTS dan Persatuan Pelajar Islam UTS akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Terawih di Surau Pusat Islam UTS.

“Acara tahunan ini juga mengagihkan 300 bekas bubur pedas kepada masyarakat setempat dan warga UTS,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pengagihan bubur tersebut.

Pada majlis tersebut, katanya, pihak Surau Pusat Islam UTS turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf untuk mereka merasai kemeriahan Hari Raya yang akan datang.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik) UTS Profesor Dr Mohammad Shahril Osman.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perbanyak amalan bersedekah bantu golongan memerlukan
Next: Sambutan Ulang Tahun Tokong Guan Ze Zun Wang Roban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.