Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan Tiong bantu pelajar terjejas banjir  
  • Tengah
  • WILAYAH

Sumbangan Tiong bantu pelajar terjejas banjir  

Utusan Sarawak 2 months ago
STEVEN menyerahkan beg sekolah kepada Pegawai Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh, Fred Entau, manakala Datu Nyurak Keti menyerahkan beg sekolah kepada Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Samri Suhaili.

BINTULU: Sebanyak 3,000 beg sekolah disumbangkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Sri Tiong King Sing bagi membantu pelajar yang terjejas akibat banjir di Bintulu, Tatau, dan Sebauh.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri, Steven Kong Kai Seng kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu merangkap Residen Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti dalam majlis simbolik penyerahan sumbangan di Pejabat Residen Bintulu, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 2,000 beg sekolah diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu untuk diagihkan kepada pelajar yang terkesan akibat banjir dari 29 sekolah rendah dan menengah.

Sementara itu, 1,000 lagi, diberikan kepada PPD Tatau/Sebauh untuk membantu pelajar yang terjejas dari 22 sekolah di kawasan berkenaan.

Menurut Steven, sumbangan seumpama itu mencerminkan komitmen Ahli Parlimen Bintulu dalam memastikan pelajar yang terkesan akibat bencana tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka.

“Dato’ Sri Tiong King Sing amat prihatin terhadap kebajikan pelajar yang terjejas dan berharap bantuan ini dapat meringankan beban serta memberi motivasi kepada pelajar untuk kembali ke sekolah dengan semangat baharu,” katanya ditemui media pada simbolik penyerahan sumbangan berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Samri Suhaili menyifatkan sumbangan tersebut sebagai satu bentuk keprihatinan yang sangat bermakna bagi pelajar yang terjejas akibat banjir di Bintulu awal tahun ini.

“Kami amat bersyukur atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak dalam memastikan pendidikan anak-anak tidak terjejas akibat bencana.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan sumbangan,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Imbau kenangan lalu sambil berbakti semula kepada sekolah menerusi penubuhan alumni
Next: Dua kempen derma darah berlangsung Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.