Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penemuan bayi di atas rumput
  • JENAYAH

Penemuan bayi di atas rumput

Utusan Sarawak 2 months ago

SEMPORNA: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di atas rumput di tepi jalan di Kampung Keramat, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Sabri Zainol memberitahu, bayi berkenaan ditemukan orang awam dalam keadaan berbalut dengan kain pada 1.00 tengah hari dan kini sedang dirawat di Hospital Semporna.

“Doktor mengesahkan bayi yang dianggarkan seberat 3.1 kilogram itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan bayi itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna di talian 089-782020 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Hafizudin Akram Ghafar Ismail di talian 013-7557293.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: 27 tan makanan sejuk beku tanpa permit dirampas
Next: ‘Kantoi’ guna MyKad palsu beli iPhone

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.